Friday, May 25, 2012

KHAIRI SAY'S - LELAKI & WANITA !

Antara fakta menarik tentang lelaki dan wanita :

Lelaki : Susah nak fokus sesuatu perkara terutamanya yang membabitkan perhubungan

Wanita : Senang fokus pada sesuatu perkara walaupun remeh.

Lelaki : Emosi ibarat getah. Bila marah perasaan akan menegang dan akan kendur bila marah dah surut

Wanita : Emosi bagai ombak , datang dan pergi. Sebab tu perasaan marah diorang susah nak reda..

Lelaki : Lebih suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila tertekan.

Wanita : Apabila tertekan, biasanya diorang ni lebih senang meluahkan apa yang diorang rasa.

Lelaki : Disebabkan ego, susah nak terima pertolongan atau pendapat orang lain termasuklah pasangannya.

Wanita : Senang menerima dan terpengaruh dengan pandangan orang terutama orang yang dekat di hatinya..

Lelaki : Apabila perasaan tergugat, lebih senang berdiam diri tanda protes.

Wanita : Apabila perasaan tergugat, lekas melenting dan protes secara terang-terangan..

Lelaki : Melihat sesuatu perkara secara keseluruhan. See the whole picture laa bak kata omputih

Wanita : Melihat sesuatu perkara secara terperinci. ( diorang kan selalunya cerewet).

Lelaki : Mempunyai perasaan cinta yang fleksibel, mudah berubah bila jumpa yang lebih baik dari terbaik.

Wanita : Setia pada cinta dan sukar tergugat. (tapi memiliki jiwa yang rapuh dan mudah tunduk pada cinta..

Lelaki : Kejayaan dinilai berdasarkan prestasi dan kredibiliti sendiri

Wanita : Sentiasa menilai diri berdasarkan kekuatan perasaan dan kualiti hubungan dengan orang sekeliling..

Lelaki : Boleh menjadi pemurah atau pun pemboros

Wanita : Boleh menjadi kedekut atau pun berjimat cermat.

Lelaki : Kurang teliti dalam berkomunikasi tapi pantas memberikan pandangan

Wanita : Mendengar dengan teliti tapi lambat bagi pandangan sebab diorang ni berfikir dulu sebelum bertindak.

Lelaki : Sukar mintak maaf tapi senang melupakan.

Wanita : Senang mintak maaf walaupun tak mudah melupakan.

Lelaki : Senang untuk buat keputusan

Wanita : Lebih senang mengikut keputusan.

Lelaki : Apabila rindukan awek, biasanya lebih senang melakukan perkara lain macam melepak dengan kawan- kawan atau bersukan untuk tenangkan diri.

Wanita : Lebih senang melayan perasaan rindu sendirian, menulis perasaanya ataupun dengar lagu-lagu cinta.

No comments:

Post a Comment